Rancangan pengantian dan masa hadapan Kapal_pengangkut_pesawat_Kelas_Nimitz

Gerald R. Ford

Kapal pengangkut pesawat kelas-Nimitz direka untuk jangka hayat selama 50 tahun.[3] Pada penghujung hayatnya, kapal-kapal ini akan dibersarakan. Proses ini akan dilakukan pada Nimitz dengan anggaran kos antara $750 hingga $900 juta; berbanding dengan anggaran sebanyak $53 juta sebuah kapal pengangkut pesawat berkuasa konvensional. Kebanyakan kos ini di sebabkan oleh proses nyah-aktif loji kuasa nuklear dan kerja-kerja penanggalan bahan dan peralatan tercemar yang lain.[4]

Sebuah kapal pengangkut kelas baharu, kelas-Gerald R. Ford, sedang dibina untuk mengantikan kapal-kapal sebelumnya yang telah dibersarakan. 10 buah kapal dijangka akan dibina di mana kapal pertama mula memasuki perkhidmatan pada 22 Julai 2017 bagi mengantikan Enterprise. Kebanyakan kapal-kapal baharu ini akan mengantikan kapal-kapal kelas Nimitz yang usang selepas mereka mencecah penamat khidmatnya.[5] Kapal pengangkut baharu akan memiliki rekabentuk yang sama dengan George H.W. Bush (menggunakan bentuk badan yang hampir sama) dan tingkat upaya teknologi dan struktur lain.[6]